Hari
ini kita dapat menyaksikan kepesatan kemajuan teknologi yang memonopoli
sebahagian besar aspek kehidupan kita.Teknologi tersebut tidak sahaja berfokus
kepada penciptaan mesin atau gadjet berkuasa canggih yang kebanyakannya
memudahkan kerja manusia tetapi juga termasuklah laman-laman sesawang .Sebagai
contoh ,pada era ini terdapat banyak laman-laman sosial yang berfungsi untuk memudahkan
urusan komunikasi secara universal.Antaranya seperti Facebook,Twitter,My
Space,Friendster,Yahoo Messenger dan Google Plus.Laman sosial sebegini mampu
membantu dalam bidang pendidikan sekiranya digunakan dengan betul oleh para
pengguna.
![]() |
Myspace |
![]() |
Sebagai
contoh,melalui ruangan diskusi yang terdapat di Facebook,para pelajar boleh
menjadikannya sebagai suatu medium perbincangan tanpa memerlukan perjumpaan
formal di kelas.Mereka bebas membincangkan pelbagai isu ilmiah atau sebarang
isu yang berbangkit saban hari.Selain itu perbincangan juga lebih luas kepada
sesiapa sahaja yang menyertai grup diskusi dan tidak terhad kepada bilangan
yang kecil.Justeru buah pandangan yang pelbagai akan menghasilkan satu
perbincangan yang lebih berkesan dan menjadi medan pertukaran idea yang lebih
mantap.Langkah ini dilihat berpotensi untuk melahirkan pelajar yang lebih
matang berfikir dan lebih yakin untuk melontarkan pandangan mereka.
Disamping
itu,laman-laman ini turut membantu dalam pembelajaran secara visual dan
audio.Cara sebegini adalah lebih menarik minat pelajar dan lebih
menyeronokkan.Perkongsian video-video dan gambar diantara rakan-rakan yang
berhubung di laman ini akan membuatkan
pelajar lebih memahami apa yang dipelajari dan dapat berbincang secara online
sesama mereka.Keadaan ini seakan perbincangan kumpulan tetapi yang
membezakannya adalah ia diaplikasikan secara atas talian.
Selain
itu,adalah amat penting untuk pelajar-pelajar mengikuti isu-isu semasa yang
berlaku samada di dalam atau luar negara.Melalui laman sosial ini juga para
pelajar boleh menambah pengetahuan mereka kerana setiap isu yang berlaku dapat
dikongsikan oleh sesiapa sahaja dan secara telus dan tidak ditapis seperti yang
disiarkan di kaca televisyen.Ini membolehkan para pelajar mendapat input yang
sahih dalam masa yang singkat dantidak
terhad kepada subjek akademik sahaja ,namun lebih meluas dan turut meliputi isu
agama,sosial,politik dan lain-lain lagi.Justeru,laman sebegini sangat membantu
pelajar untuk lebih berilmu dan mampu berfikir di luar kotak.
Sementelahan
itu,seperti yang kita sedia maklum,antara aplikasi major laman sebegini adalah
adanya ruangan ‘chat’ untuk berkomunikasi.Ramai yang mengatakan aplikasi ‘chat’
ini mendatangkan kesan buruk kepada pengguna namun sekiranya ia tidak disalah
gunakan ianya sangat memberi manfaat kepada pelajar.Sebagai contoh,melalui ruangan sembang ini pelajar boleh terus berkomunikasi kepada para pensyarah dan
rakan-rakan secara terus tanpa perlu bersemuka.Cara ini dapat menjimatkan masa
dan amat membantu sekiranya pelajar menghadapi sebarang masalah yang menghalang
mereka dari menghadiri kuliah.
![]() |
Chat Application on Facebook |
Akhir
sekali,laman sosial ini juga mampu
bersaing dengan sistem teleconferencing yang lain melalui kaedah Video-Call
.Pelajar boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan atau pengajar melalui panggilan
bervideo sekiranya perlu.Justeru,laman sosial banyak memberikan faedah kepada
bidang pendidikan sekiranya digunakan secara berhemat oleh para pelajar.
![]() |
Video Call Application |
Saya bersetuju penggunaan aplikasi di laman sosial di dalam pendidikan. Ia memudahkan para pelajar untuk membuat perbincangan antara mereka dan berhubung sacara terus dengan pensyarah. Tetapi penggunaan secara sepenuhnya pendidikan di laman sosial tidak dapat dilakukan secara formal dan menyeluruh. Terdapat pelbagai halangan dan cabaran jika setiap pelajar membuka akaun laman sosial mereka dan mereka tidak boleh fokus terhadap sesuatu perkara.
ReplyDeleteKamariah Kamaludin
A127849
Salam.
ReplyDeleteSetiap sesuatu yang dicipta itu ada kebaikan dan keburukannya. Begitu jugalah dengan laman sosial. Jika ia digunakan secara bijak,maka banyaklah kebaikan yang dapat kita perolehi. Dengan adanya Facebook, Twitter, Yahoo Messenger dan sebagainya, kita dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk berkongsi maklumat atau berbincang dengan sesiapa sahaja termasuklah pensyarah. Namun begitu, setiap informasi yang dipaparkan di laman sosial ini perlu ditapis terlebih dahulu kerana tidak semua informasi tersebut mempunyai kesahihannya.
Noor Atikah Pissal (A128002)
salam..
ReplyDeletepada pendapat saya, penggunaan laman sosial yang betul dapat memulangkan manfaat yang berguna kepada pelajar-pelajar jika menggunakan teknologi dengan sebaik mungkin dalam pendidikan. namun begitu, untuk mengelakkan penyalahgunaan laman sosial perlulah ada had penggunaan laman sosial ini. disini lah ibu bapa memainkan peranan penting dalam memantau anak-anak meraka dalam penggunaan laman sosial.
SITI FATIMAHNUR JOHARI
A127834
Salam...
ReplyDeletePenggunaan laman sosial seperti facebook dan twitter sebenarnya memberikan banyak faedah khususnya buat para pelajar. Melalui laman sosial para pelajar akan dapat berkongsi dan bertukar maklumat sesama mereka. Walaubagaimanapun, setiap perkara pasti ada keburukannya. Begitu juga dengan penggunaan laman sosial. Baik buruk sesuatu perkara bergantung terhadap seseorang individu untuk mengelakkan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Ibu bapa haruslah sentiasa memantau penggunaan laman sosial dalam kalangan anak-anak terutama bagi mereka yang masih bersekolah bagi mengelak daripada berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini.
Salam hanaluffy..saya sangat bersetuju dengan pendapat anda dimana penggunaan laman sosial juga membantu dalam pendidikan.banyak aplikasi yang boleh memudahkan urusan pelajaran jika tidak disalahgunakan.
ReplyDeleteHassanuddin matzin
A 138725.
saudari Kamariah...terima kasih diatas komen dan pandangan anda..ye betul ,seperti yang sy katakan..untuk penggunaan aplikasi di laman sosial ini dapat membantu dalam pendidikan para pelajar mestilah tidak menyalahgnakannya.
ReplyDeletesalam saudari noor atikah..terima kasih di atas komen anda..:)
ReplyDelete