Sunday, 13 May 2012

10 Gambar Item Inovasi :)


1)Contactless vital signs monitoring

·        

Sebuah alat pemantau tanda vital yang sentiasa memantau kadar degupan jantung dan kadar pernafasan tanpa perlu diletakkan pada badan pesakit.Alat ini boleh diletakkan disebelah katil atau kerusi pesakit atau pada dinding,meja dan juga lampu.Penilaian boleh dilakukan setiap masa samada ketika pesakit (duduk,tidur dan menonton television) dan membolehkan pesakit menjalankan rutin harian seperti biasa.


2.VeinViewer for Healthcare Professionals





VeinViewer menggunakan cahaya infrared-dekat dan teknologi lain untuk mencari salur darah subkutaneus dan menampilkan imej secara terus pada masa yang diperlukan.Dengan imej yang berkualiti tinggi ,mode yang ekslusif, dan teknik bebas tangan,para ahli kinikal seluruh negara dan dunia telah menggunakan VeinViewer untuk memperbaiki salur darah dan juga tahap perawatan kepada pesakit.



 3.GE Vscan


Pada tahun 2009.GE(General Electric) telah membawa satu perubahan dengan memperkenalkan alat  yang bersaiz kecil dan senang dikendalikan iaitu Vscan.Alat ini merupakan sejenis mesin ultrasoun yang yang hanya bersaiz sebesar tapak tangan .Alat ini dilengkapi dengan perakam suara, bateri yang tahan lama, dan mampu untuk mengecil atau membesarkan saiz imej.Disamping itu,alat ini boleh disambung pada USB untuk memuat naik imej dan merekod maklumat dari komputer.

4.Bathup Lift Chair




Warga emas sangat memerlukan langkah-langkah keselamatan yang lebih ketat.Mereka mampu untuk tinggal sendiri namun jika mereka terjatuh,tulang mereka yang rapuh mungkin akan patah.Oleh itu, mereka memerlukan bantuan seperti ‘bathub lift chair’.

·  Dengan menggunakan alat ini,keselamatan adalah lebih terjamin kerana ia mampu mengelakkan psakit warga emas dari terjatuh.Manakala baterinya boleh dicaj sekiranya tidak digunakan.Bath Chair Lifts mampu menampung berat dari 250 lbs hingga 400 lbs bergantung kepada jenis model yang terdaat di pasaran.
·     Antara kelebihan alat ini adalah,pesakit boleh berehat dan mengurangkan rasa sakit dan stress.

5. Invacare M41 Power Wheelchair



The Pronto M41 adalah tawaran siri terbaru  kerusi roda berjenama Power.Ciri-ciri MP4 adalah yang paling terbaru dari segi electronik dan motor.Paduan ini membolehkan peningkatan kecekapan,hayat bateri dan juga kelajuan yang optimum.

6."HIGEA - the first 'smart' blister for drug compliance improvement"


Flowlab telah mencipta alat  tanpa wayar  revolusi baru yang membolehkan pengawalan bilangan pil dalam blister, dan menyelesaikan masalah pematuhan pengambilan. HIGEA adalah dispenser ubat pintar dengan komunikasi bluetooth yang disambungkan ke telefon mudah alih ,dapat membantu pesakit untuk patuh kepada pengambilan ubat yang dipeskrip oleh doktor.


7.CardioDefender, Advanced Mobile ECG




CardioDefender adalah smartfon pertama yang dilengkapi sistem ECG  untuk menyediakan pakar-pakar perubatan dan pesakit dengan pemantauan degupan jantung yang berkualiti  dari hospital dan juda pemantauan di luar kawasan hospital.
Sistem ini menggabungkan beberapa keupayaan unik yang membolehkan doktor untuk mendiagnosis dan merawat kondisi yang berpotensi mengancam nyawa seperti aritmia tanpa peasakit sedar akan bahaya tersebut.
.

8. CoolSculpting System


ZELTIQ telah mencipta satu lagi kemajuan dalam bidang perubatan dengan mencipta alat yang menggunakan Cryolipolysis untuk membuang lemak di badan. Alat ini hanya digunakan oleh pakar dalam bidang kosmetik. Dengan menggunakan CoolSculpting Procedure,satu alat penyejuk digunakan pada tempat tempat tertentu yang terdapat lemak berlebihan untuk mengekstrak tenaga dari tisu-tisu lemak tersebut tanpa menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu berhampiran



9.Power Syringe


Power Syringe adalah penyuntik pegang tangan pakai buang yang dilengkapi  kuasa, kawalan, dan maklum balas sentuhan manakala suntikan dan aspirating cecair lebih cepat dan mudah untuk prosedur klinikal seperti angiografi dan  angioplasti belon inflasi.


10.GE Healthcare Senographe Digital Mammography


Sistem ini, GE Healthcare Senographe Digital Mamografi sistem, membantu doktor dengan imej digital yang jelas dan tepat, berbanding imej pada filem sinar-X. Selain itu , sistem ini menyediakan medan pandangan yang luas, yang  sangat berguna untuk pengimejan yang tepat pada pesakit dengan pelbagai bentuk dan saiz.
Ini adalah teknologi baru dan berkuasa untuk mengesan dan memerangi kanser payudara.

No comments:

Post a Comment