Sunday, 13 May 2012

Penggunaan Aplikasi Di Laman Sosial Dalam Pendidikan


Hari ini kita dapat menyaksikan kepesatan kemajuan teknologi yang memonopoli sebahagian besar aspek kehidupan kita.Teknologi tersebut tidak sahaja berfokus kepada penciptaan mesin atau gadjet berkuasa canggih yang kebanyakannya memudahkan kerja manusia tetapi juga termasuklah laman-laman sesawang .Sebagai contoh ,pada era ini terdapat banyak laman-laman sosial yang berfungsi untuk memudahkan urusan komunikasi secara universal.Antaranya seperti Facebook,Twitter,My Space,Friendster,Yahoo Messenger dan Google Plus.Laman sosial sebegini mampu membantu dalam bidang pendidikan sekiranya digunakan dengan betul oleh para pengguna.

Myspace
Twitter
Sebagai contoh,melalui ruangan diskusi yang terdapat di Facebook,para pelajar boleh menjadikannya sebagai suatu medium perbincangan tanpa memerlukan perjumpaan formal di kelas.Mereka bebas membincangkan pelbagai isu ilmiah atau sebarang isu yang berbangkit saban hari.Selain itu perbincangan juga lebih luas kepada sesiapa sahaja yang menyertai grup diskusi dan tidak terhad kepada bilangan yang kecil.Justeru buah pandangan yang pelbagai akan menghasilkan satu perbincangan yang lebih berkesan dan menjadi medan pertukaran idea yang lebih mantap.Langkah ini dilihat berpotensi untuk melahirkan pelajar yang lebih matang berfikir dan lebih yakin untuk melontarkan pandangan mereka.

Disamping itu,laman-laman ini turut membantu dalam pembelajaran secara visual dan audio.Cara sebegini adalah lebih menarik minat pelajar dan lebih menyeronokkan.Perkongsian video-video dan gambar diantara rakan-rakan yang berhubung  di laman ini akan membuatkan pelajar lebih memahami apa yang dipelajari dan dapat berbincang secara online sesama mereka.Keadaan ini seakan perbincangan kumpulan tetapi yang membezakannya adalah ia diaplikasikan secara atas talian.

Selain itu,adalah amat penting untuk pelajar-pelajar mengikuti isu-isu semasa yang berlaku samada di dalam atau luar negara.Melalui laman sosial ini juga para pelajar boleh menambah pengetahuan mereka kerana setiap isu yang berlaku dapat dikongsikan oleh sesiapa sahaja dan secara telus dan tidak ditapis seperti yang disiarkan di kaca televisyen.Ini membolehkan para pelajar mendapat input yang sahih dalam masa yang singkat  dantidak terhad kepada subjek akademik sahaja ,namun lebih meluas dan turut meliputi isu agama,sosial,politik dan lain-lain lagi.Justeru,laman sebegini sangat membantu pelajar untuk lebih berilmu dan mampu berfikir di luar kotak.

Sementelahan itu,seperti yang kita sedia maklum,antara aplikasi major laman sebegini adalah adanya ruangan ‘chat’ untuk berkomunikasi.Ramai yang mengatakan aplikasi ‘chat’ ini mendatangkan kesan buruk kepada pengguna namun sekiranya ia tidak disalah gunakan ianya sangat memberi manfaat kepada pelajar.Sebagai contoh,melalui ruangan sembang ini pelajar boleh terus berkomunikasi kepada para pensyarah dan rakan-rakan secara terus tanpa perlu bersemuka.Cara ini dapat menjimatkan masa dan amat membantu sekiranya pelajar menghadapi sebarang masalah yang menghalang mereka dari menghadiri kuliah.
Chat Application on Facebook

Akhir sekali,laman sosial ini juga mampu bersaing dengan sistem teleconferencing yang lain melalui kaedah Video-Call .Pelajar boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan atau pengajar melalui panggilan bervideo sekiranya perlu.Justeru,laman sosial banyak memberikan faedah kepada bidang pendidikan sekiranya digunakan secara berhemat oleh para pelajar.

Video Call Application

7 comments:

  1. Saya bersetuju penggunaan aplikasi di laman sosial di dalam pendidikan. Ia memudahkan para pelajar untuk membuat perbincangan antara mereka dan berhubung sacara terus dengan pensyarah. Tetapi penggunaan secara sepenuhnya pendidikan di laman sosial tidak dapat dilakukan secara formal dan menyeluruh. Terdapat pelbagai halangan dan cabaran jika setiap pelajar membuka akaun laman sosial mereka dan mereka tidak boleh fokus terhadap sesuatu perkara.

    Kamariah Kamaludin
    A127849

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Setiap sesuatu yang dicipta itu ada kebaikan dan keburukannya. Begitu jugalah dengan laman sosial. Jika ia digunakan secara bijak,maka banyaklah kebaikan yang dapat kita perolehi. Dengan adanya Facebook, Twitter, Yahoo Messenger dan sebagainya, kita dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk berkongsi maklumat atau berbincang dengan sesiapa sahaja termasuklah pensyarah. Namun begitu, setiap informasi yang dipaparkan di laman sosial ini perlu ditapis terlebih dahulu kerana tidak semua informasi tersebut mempunyai kesahihannya.

    Noor Atikah Pissal (A128002)

    ReplyDelete
  3. salam..
    pada pendapat saya, penggunaan laman sosial yang betul dapat memulangkan manfaat yang berguna kepada pelajar-pelajar jika menggunakan teknologi dengan sebaik mungkin dalam pendidikan. namun begitu, untuk mengelakkan penyalahgunaan laman sosial perlulah ada had penggunaan laman sosial ini. disini lah ibu bapa memainkan peranan penting dalam memantau anak-anak meraka dalam penggunaan laman sosial.

    SITI FATIMAHNUR JOHARI
    A127834

    ReplyDelete
  4. Salam...
    Penggunaan laman sosial seperti facebook dan twitter sebenarnya memberikan banyak faedah khususnya buat para pelajar. Melalui laman sosial para pelajar akan dapat berkongsi dan bertukar maklumat sesama mereka. Walaubagaimanapun, setiap perkara pasti ada keburukannya. Begitu juga dengan penggunaan laman sosial. Baik buruk sesuatu perkara bergantung terhadap seseorang individu untuk mengelakkan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Ibu bapa haruslah sentiasa memantau penggunaan laman sosial dalam kalangan anak-anak terutama bagi mereka yang masih bersekolah bagi mengelak daripada berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini.

    ReplyDelete
  5. Salam hanaluffy..saya sangat bersetuju dengan pendapat anda dimana penggunaan laman sosial juga membantu dalam pendidikan.banyak aplikasi yang boleh memudahkan urusan pelajaran jika tidak disalahgunakan.

    Hassanuddin matzin
    A 138725.

    ReplyDelete
  6. saudari Kamariah...terima kasih diatas komen dan pandangan anda..ye betul ,seperti yang sy katakan..untuk penggunaan aplikasi di laman sosial ini dapat membantu dalam pendidikan para pelajar mestilah tidak menyalahgnakannya.

    ReplyDelete
  7. salam saudari noor atikah..terima kasih di atas komen anda..:)

    ReplyDelete